Sekalung Ucapan Mahabbah daripada PZNS cawangan Seremban 2 kepada para pembayar zakat khususnya dan kepada Muslimin Muslimat sekitar Seremban 2. Untuk pengetahuan anda semua, kini kaunter Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) telah berada di tempat anda Seremban 2. Beralamat di no. 7, Tkt Bawah, Jalan S2 D 38, Seremban City Centre, 70300 Seremban NSDK. Kami menyediakan kemudahan pembayaran Zakat Harta, Zakat Fitrah dan Fidyah anda sebagaimana kaunter-kaunter PZNS yang lain. Kami juga sedia ke tempat anda untuk sesi penerangan dan kutipan zakat. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan pegawai kami En. Zamri / En. Mohd Haffis di talian 06-601 7155 atau email kami :- zamri@zakatns.com.my
Wednesday, October 13, 2010
CARI KAMI DI SINI.... JUMPA ANDA DI SANA....
PETA LOKASI PZNS SEREMBAN 2
Pusat Zakat Negeri Sembilan,
No. 7 (Tingkat Bawah), Jalan S2 D38,
City Centre (City Park), Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-601 7155
Email : pzseremban2@zakatns.com.my
ANDA BOLEH BERURUSAN DENGAN PEGAWAI KAMI DI SANA :-
JEJAKI SEJARAH PENUBUHAN PZNS...
SEJARAH PENUBUHAN PZNS
Pusat Zakat Negeri Sembilan, anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Ditubuhkan pada 29hb September 1998. Bertujuan memperbaiki kaedah pengurusan kutipan zakat di Negeri Sembilan. PZNS beroperasi sepenuhnya pada tahun 2000.
KONSEP PENUBUHAN PZNS
Menggunakan teknologi berkomputer dalam urusan pungutan zakat.
Mengutamakan pelanggan dan perkhidmatan.
Menyediakan struktur dan kaedah pengurusan secara korporat muslim.
Penglibatan kakitangan yang berkemahiran daripada pelbagai lulusan.
Berkonsepkan amil bersatu di bawah satu pengurusan zakat.
Mengutamakan pelanggan dan perkhidmatan.
Menyediakan struktur dan kaedah pengurusan secara korporat muslim.
Penglibatan kakitangan yang berkemahiran daripada pelbagai lulusan.
Berkonsepkan amil bersatu di bawah satu pengurusan zakat.
Visi
Menjana Keunggulan Institusi Zakat.
Misi
Menjadi institusi zakat yang proaktif dalam urusan kutipan zakat berteraskan:
i) Perkhidmatan yang berkualiti.
ii) Penggunaan teknologi yang mutakhir.
iii) Pengurusan korporat muslim yang berdaya maju.
iv) Pembangunan modal insan.
v) Pembangunan dan penyelidikan.
Motto
Negeri Sembilan Negeri Beradat, Negeri Sembilan Negeri Berzakat.
FAEDAH BERZAKAT...
Faedah diniyah (Agama)
- Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
- Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
- Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
- Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Rasulullah s.a.w.
Faedah Khuluqiyah (Akhlak)
- Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
- Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
- Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
- Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.
Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)
- Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
- Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
- Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih antara si kaya dan si miskin.
- Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah.
- Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
- Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.
Hikmah Zakat
Hikmah dari zakat antara lain:
- Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
- Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
- Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
- Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
- Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
- Untuk pengembangan upaya umat
- Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
- Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat
INGAT SAUDARA SAUDARI KU SEKALIAN....JANGANLAH KITA RASA KITA SENTIASA SELAMAT DENGAN KESENANGAN YANG KITA ADA...KERANA, JIKA TIADA PERSEDIAAN UNTUK MEMASTIKAN KESENANGAN ITU MENJAGA KITA MAKA TIDAK SELAMANYA KITA AKAN SENANG...
SABDA RASULULLAH bermaksud : "LINDUNGILAH HARTA KAMU DENGAN BERZAKAT, DAN UBATILAH PENYAKITMU DENGAN BERSEDEKAH"....
Pengajarannya Anda Boleh Tonton Video di bawah.....
FAHAMI PENGERTIAN ZAKAT...BARU ANDA TERPIKAT...
Info Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah s.w.t.
Maksudnya
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." -
Surah At Taubah (103).
Sabda Rasulullah SAW:
(Hukum Zakat, Dr. Yusuf Qardawi, m/s 75)
Maksudnya
"Saya mengarahkan memerangi manusia kecuali bila mereka mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat."
MEH BELAJAR KIGHO ZAKAT ANDA...SONANG YO KAWAN...
Zakat Pendapatan
Zakat Pendapatan atau Zakat Gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Khalifah Muawiyah dan Omar bin Abdul Aziz. Ia lebih penting dikenali sebagai nama Al-Ata' dan di zaman moden ini dikenali sebagai "Kasbul Amal". Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat, termasuk zakat ke atas gaji.
DALIL WAJIB ZAKAT PENDAPATAN
Firman Allah swt. yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman ! Keluarkanlah (zakat) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu" . - (Surah Al-Baqarah : 267)
Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu 'profesion' maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep "hasil usaha" meliputi semua harta dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.
Jika dilihat dari satu sudut golongan pesawah padi, dikenakan 5-10% dari hasil usaha mereka, apakah golongan yang 'makan gaji' tidak perlu dikenakan zakat sedangkan rata-rata mereka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan pesawah padi. Apakah hanya golongan petani sahaja yang perlu membayar zakat atas hasil usaha mereka ? Sedangkan zakat itu wajib dikenakan kepada setiap 'hasil usaha yang baik-baik'.
Bukanlah pekerjaan 'makan gaji' itu adalah hasil usaha yang baik-baik dan perolehannya lebih lumayan dari pesawah padi ? Sampai bilakah kita harus bergantung kepada petani untuk membayar zakat ke atas hasil pendapatan ?
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap orang Muslim bersedekah (berzakat). "Mereka bertanya, "Hai Nabi Allah, bagaimana yang tidak mempunyai harta ?". Baginda menjawab, "Bekerjalah untuk mendapatkan sesuatu untuk dirinya, lalu bersedekah:. Mereka bertanya, "Kalau tidak mempunyai pekerjaan ?" Baginda bersabda, "Tolonglah orang yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana bila tak berkuasa?" Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".
FATWA ZAKAT PENDAPATAN
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
ZAKAT PENDAPATAN / GAJI
Zakat Pendapatan boleh dikeluarkan bagi setiap individu yang memperolehi sumber pendapatan yang merangkumi :
Pendapatan / Pengajian
i) Gaji dan Upahan
ii)Tunggakan
iii) Elaun-elaun :
a) Elaun Khidmat Awam
b) Elaun Keraian
c) Elaun Perumahan
iv) Bonus
v) Komisyen
vi)Lain-lain pendapatan sampingan (rumah sewa, jualan langsung dll)
vii) Kerja lebih masa
PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN / GAJI
Ada 2 cara mengira zakat pendapatan :
1) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (kalau pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab).
2) Atas pendapatan layak dizakat setahun (kalau pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab). Pendapatan layak dizakat setahun ialah pendapatan dari semua sumber setahun tolak perbelanjaan-perbelanjaan untuk perkara-perkara asasi setahun.
CONTOH PENGIRAAN
Kaedah Pertama : Menggunakan Kaedah Pendapatan Kasar
Jika jumlah pendapatan kasar dari semua sumber setahun ialah sebanyak RM 33,800, maka zakatnya sebanyak :-
RM 33,800 x 2.5% = RM 845.00
Kaedah Kedua : Menggunakan Kaedah Pendapatan Bersih
A) Jumlah pendapatan dari semua sumber yang dicampurkan dalam masa setahunB) Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan:
i) Diri - RM 9,000
ii) Isteri - RM3,000
iii) Anak- Anak - (RM 1000)
Anak Yang Belajar Di IPTS/IPTA -(RM 4,000)
iv) Pemberian kepada Ibu Bapa, Caruman KWSP, Caruman Tabung Haji, Caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat (jumlah sebenar)
A. PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (SETAHUN) RM
Gaji ( RM 2,000 x 12 bulan ) 24,000
Elaun 5,800
Bonus 4,000
Jumlah Pendapatan 33,800
B. PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN) RM
Diri 9,000
Isteri 3,000
Anak-anak (RM 1000 x 4 orang) 4,000
Pemberian Ibu Bapa 2,400
Caruman KWSP 2,400
Caruman Tabung Haji 600
Caruman kepada institusi / koperasi yang telah
membayar zakat bagi pihak ahli 1,200
JUMLAH TOLAKAN 20,600
C. PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT (A-B) RM
RM 33,800 - RM 21,600 11,200
Nilai melebihi paras nisab,
(Contoh : nisab Tahun 2010 = RM 9,350.00)
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR RM
RM 11,200 x 2.5% 280.00
BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE...
Bayar Zakat Anda Secara Online…Klik Saje...
Bayar Zakat Anda Melalui mana-mana rangkaian bank di atas, pihak kami akan menghantar resit rasmi bayaran kepada anda dalam masa 14 hari dari tarikh kami menerima laporan bayaran anda daripada pihak bank.
Gunakan tanpa was-was....
Gunakan tanpa was-was....
KOLEKSI JEJAK ASNAF..PZNS...
IKUTI VIDEO RAKAMAN JEJAK ASNAF ZAKAT YANG MENERIMA BANTUAN DARIPADA PIHAK BAITULMAL NEGERI SEMBILAN
AGIHAN BANTUAN ZAKAT FAKIR MISKIN
Subscribe to:
Posts (Atom)